Quantcast
Channel: Exam PTD
Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Pegawai Arkib S41 – Maklumat Jawatan

$
0
0
Pegawai Arkib S41

Berikut merupakan maklumat ringkas jawatan Pegawai Arkib S41. Jika Pegawai Arkib S41 merupakan jawatan pilihan anda, syarat-syarat memohon jawatan tersebut seperti di bawah perlulah di penuhi untuk melayakkan anda di panggil menghadiri peperiksaan dan seterusnya di temuduga.

Seperti juga bidang pekerjaan yang lain, Pegawai Arkib S41 adalah salah satu contoh peluang pekerjaan yang ditawarkan untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang tetentu.

Pegawai Arkib merupakan bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Jabatan Arkib Negara dalam kumpulan Pengurusan dan Professional.

Secara umum tugas-tugas yang perlu dijalankan oleh seorang Pegawai Arkib S41 adalah tugasan yang berkaitan dengan Jabatan Arkib Negara.

PEGAWAI ARKIB S41 – MAKLUMAT JAWATAN

Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Arkib Negara

Syarat Lantikan:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • [ Gaji Permulaan : RM2,112.86 ] dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Arkib adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk KPSL ke jawatan Pegawai Arkib Gred S41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

  • mempunyai kelayakan di atas; atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Pegawai Arkib S41:

Mengesan institusi-institusi/orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.

PANDUAN LENGKAP PEPERIKSAAN PEGAWAI ARKIB GRED S41

Secara ringkasnya, di atas merupakan maklumat jawatan seorang Pegawai Arkib S41. Anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai peperiksaan Pegawai Arkib. Lihat juga contoh soalan peperiksaan Pegawai Arkib S41.

Pihak kami juga akan hebahkan jualan Panduan Bertulis Peperiksaan Pegawai Arkib S41 dalam jangkamasa terdekat.

Sekiranya anda tidak mahu terlepas mendapatkan panduan tersebut sila langgan pembaca laman ini. Hebahan jualan akan terus di buat ke email anda.

Kredit Gambar: Old Book/ShutterStock

The post Pegawai Arkib S41 – Maklumat Jawatan appeared first on Exam PTD.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 224

Trending Articles